Pages

May 14, 2013

dah nasib badan

praktikum aku dah pun habis...lama jugak tu lebih kurang 12 minggu merangkul 3 bulan...sekarang nie tinggal 2 minggu je lagi aku kat SJKC North nie...pastu mulalah episod baru di medan perang tuk aku berjuang mengadap paper2 yang bakal menuggu aku di IPG nanti...nak kata study selalu tu idok ler...cuma kadang2 ada mud aku baca buku2 yang ada..klu x da mud tak baca... yang penting scanning dulu buku2 tue apa tajuk yang ada,,,apa kandungan2 yang penting...setidak tidaknya adalah ingat sikit2...ishhhh apa nie aku nak citer pasal lain...lain pulak yang kuar....

skrg nie aku ada 2 minggu lagi di sekolah...habis praktikum aku memang boring sgt2 kat sekolah nie...klu time praktikum tak cukup masa....tp bila habis praktikum langsung tak tahu nak buat apa...dah nasib badan dapat SJKC kat Sarawak pulak tue...

jujur aku kata, aku boring kat sekolah nie,
jujur aku kata, kadang2 aku duk nganga saja,
jujur aku kata, KPM buang masa hantar aku kat sini,
jujur aku kata, opsyen KPLI aku tak dak kat sek nie,
jujur aku kata, kadang2 tak de kerja,
jujur aku kata, aku tak mahu sek nie,
jujur aku kata, aku mahu sek lain,
jujur aku kata, aku teringin posting di semenanjung,
jujur aku kata, inilah nasib aku di negeri orang,
jujur aku kata, aku di sini mencari rezeki, 
jujur aku kata, aku berjauhan ngn en suami,
jujur aku kata, aku mahu sentiasa di sisi suami,
jujur aku kata, aku tidak mahu di sini.
jadi, jujur aku kata hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untukku....

May 10, 2013

Impianku

     Tinggal sebulan je lagi aku nak tamat sesi latihanku sebagai guru pelatih jQAF kat maktab miri nie...kadang-kadang sedih jugak, opsyen aku tak kena dengan sekolah yang JPN bagi kat aku,,,yelah opsyen aku Bahasa Arab, depa owang atasan bagi aku SJKC mana ada sk cina nak buat subjek Bahasa Arab...depa pun ada bahasa elektif bahasa cina....apalah...lain kali hantar biaq tengok opsyen sesuai ke dak...tapi tak pa sekurang2nya aku dapat mencurahkan ilmuku kepada murid2 Islam di Bumi Kenyalang ini...setidak tidaknya ada sebahagian mereka yang dah mula menutup aurat tanpa dipaksa...itu betul2 aku terharu...sedih pun ada...ada yang dah boleh baca iqra' sendiri padahal masa aku masuk sekolah tu tahun lepas 1 habuk pun depa tak taw...alhamdulillah syukur sangat Ya Allah terima kaseh kerna ada sbhagian muridku dah pandai baca jawi, pandai baca iqra...syukur sangat2...
        really2 aku cakap memang aku minat ngn bahasa arab nie....tp tulah lepas nie SJKC takde dah subjek Bahasa Arab,,,ikut pekelililng KPM memang takde dah subjek tu kat SJKC...so nak buat mcm mn?tu sebab aku kemaruk sangat nak sambung belajar lagi,...yelah...dapat jQAF tapi tak boleh ngajar Bahasa Arab...apa kes tue??? sapa nak jawab???nak jawab??silakan jawab..
         kalau diberi peluang aku nak sambung master dalam bidang bahasa arab juga...siapa2 yang mempelajari bahasa arab, dia akan tahu keindahan bahasa tue sendiri...aku ingin sekali mengamalkan apa yang aku pelajari dengan mengajar di pusat2 tuisyen, kadang2 bila aku nak mahirkan penulisan bahasa arab aku nie, aku akan baca mutiara2 kata yang ditulis dalam bahasa arab, melayari web2 arab, menyanyi lagu2 arab, membuat asgment tuk org2 yg ingin memerlukan bantuanku ini,,,kadang2 seronok taw bila 1 hari 1 vocab baru yang kita pelajari...insyaAllah one day akan terlaksana juga impianku untuk bergelar pensyarah bahasa arab.hihi aku akan jadikan bidang perguruanku ini sebagai mengumpul dana2 ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mana yang mungkin.InsyaAllah suatu hari nanti, impianku akan tercapai juga tuk aku menyelami ilmu lagi khususnya Sarjana Bahasa Arab..mudah2 mudahan Allah makbulkan...aminnnn...

Apr 25, 2013

Bila nak study nie

Semangat lah cikit taw nak baca buku tue....


ayoyo....fasa 1 musim praktikum sudah pun habis,,,ada lah rasa lega sikit...tapi tak boleh nak rasa selesa sangat sebab fasa kedua pulak muncul,, tak selesai lagi..nak kena berperang otak pulak lepas nie...aduhai,,,modul2 yang ada tak baca sepenuhnya lagi...bila mau serius nak baca buku nie????erm,,,sifat malas merajai minda,,,tak boleh tak boleh tak boleh...kena lawan jugak nie...habis tue ,macam mana aku nak lawan???,,,kalau asyik sayang tidoooo jer....masa bila nak mura'ja'ah? ok...bidayath minal aln...InsyaAllah successs,,,,amien...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...