Pages

May 23, 2013

Indahnya jadi pendidik

Hari ini kaki mula melangkah keluar dari SJK North yang merupakan tempat aku mencari pengalamanku sebagai warga pendidik di bumi kenyalang ini. hari ini hari pemuafakatan di sekolah...walaupun aku pelatih di SJKC, aku tetap diberi penghormatan oleh sek untuk menjadi penolong guru kelas tahun 5C. tadi aku membantu cikgu Hii Jin Jin masa ibu bapa datang amik report card anak2 mereka. jauh di sudut hatiku sayu dan sedih ja sebab aku perlu cari masa keluar untuk jumpa anak2 murid islam yang aku mengajar mereka. sebab hari ni hari terakhirku di sekolah. aku x expect pulak klu parents dorang dh datang tandatangan report card, dorang pun boleh balik sekali...macam mana yer aku nak buat, apa2 pun aku mesti jumpa jugak mereka..terus aku bagitahu cikgu Hii Jin Jin, Cikgu....saya nak kuar sekejap, nak amik barang dalam kereta...jajan2 yang aku bungkus malam tadi tue ingatkan nak bagi dorang time rehat, sebab kelmarin ada cikgu kata murid balik kul 12, tp sebenarnya dorang boleh balik awal kalau parents dorang dah sign report card tue..tak boleh jadi nie,,,aku pun terus amik kunci kereta kat cikgu Law Seng Aii,,cikgu yang baik hati yang mempelawa aku naik kereta dia sepanjang tahun nie...aku pun terus amik bungkusan hadiah coklat kt dalam kereta...

terus aku pergi kelas satu persatu...mula2 aku pergi kat tahun 6, aku ckp kat sorang murid perempuan nie,,,nanti makanan nie share ngn kwn2 taw,,,bahagi sama rata,,,lps cuti ustazah x dtg sek dah...baik ustazah,,,
time kat kelas 1B, sedihnya x blh tahan, guru kelas 1B seolah2 tahu aku nak jumpa anak2 muridku...terus dia kata, cikgu mahu jumpa murid agama? cikgu last day kan hari nie, sebak macam nak jatuh ja air mata nie,,tp ku tahan jugak jgn bagi jatuh..klu x banjir kelas tue...murid2 pun mai kat aku, aku terus bg bungkusan coklat kat mereka dan bersalaman ngn mereka...sampailah habis aku bg hadiah tuk anak2 muridku tuk kelas seterusnya.....tak terkata-kata ketika bersalaman ngn mereka...bibir menggigil mahu menangis kerna mereka tanggungjawab aku selama sthun stgh aku di sini...

satu harapan aku untuk anak2 muridku di bumi kenyalang ini,,,
walaupun ustazah kadang kala senyum kadang kala masam, kadang kala garang, dan selalunya serius dan garang, jauh di lubuk hati ustazah yang sentiasa mendoakan agar kalian semua celik Alquran cepat membaca dan pandai solat..itu ja harapan ustazah...kerna ustazah mengharapkan sesuatu yang lebih besar pahala dari Ilahi, ingin menjadi isteri solehah buat suami ustazah yang jauh di mata tapi dekat di hati ustazah...ustazah ingin sentiasa di samping suami ustazah wahai anak2...bukan ustazah tidak mahu mengajar kalian lagi,,tp tanggungjawab ustazah terhadap suami adalah lebih utama...itu yang ustazah inginkan...ustazah akan sentiasa doakan agar kalian semua nanti dapat juga membaca Alquran dan jadi anak2 yang bijak dan baik...kalian juga, doakanlah ustazah ya, agar ustazah dapat mengajar posting kedua nie di semenanjung dekat ngn suami ustazah...amin...

belajar rajin2 ya...itu ungkapan aku kat seorang murid baru tahun 6C yang baru 2 minggu di sekolah nie..dia kata ustazah Salma nak pindah? tak mengajar kami lagi ka? bila ustazah mahu datang sini lagi? tak terkata2...cuma boleh tutur "rajin2 belajar ya" dia jawab baik ustazah,,time kasih ustazah bagi saya hadiah...murid tue melaung..wahhh sebak sungguh...terketap2 bibir tahan air mata...kupujuk hati...jgn nangis ya wahai hati..

May 14, 2013

Aku merinduimu

bila sebut pasal rindu, mencurah2 air mataku jatuh,,,ini automatik..tak tipu...dulu masa aku single lagi bertitle tunangan orang saat itulah aku jejak kaki di Miri...walaupun time tue aku tunangan orang, diriku ini masih milik ibu bapaku lagi, saat itu aku terlalu merindui abah ngn mak,,,rindu sangat2,,,aku antara adik beradik yang paling rapat ngn abah, bukan tak rapat ngn mak,,tapi dari kecik lagi aku lebih manja ngn abah,,sampai saat aku bergelar isteri, abah jarang dah borak2 lama2 ngn aku,,,mungkin aku sudah ada teman pengganti untuk bermanja,,,tapi aku tetap rindukan abah dan mak aku,,,

aku punyai 7 orang adik beradik, sangat normal kalau anak lelaki lebih rapat dengan mak dan anak perempuan rapat ngn abah, cuma lepas kawen nie aku banyak rapat ngn mak aku,,dulu ingat lagi, time kat U dulu, mesti abah yang akan telefon aku dulu, borak2 ngn abah, lepas tue baru abah pas telefon kat mak....mesti selalulah abah yang akan tepon aku dulu,,,sampai kadang2 member aku kat U kata, aku anak abah, mestilah anak abah kalau tak anak sapa? hihi...

aku tak pernah berenggang ngn family aku, masa sek men aku tak duk asrama, masa belajar diploma kat KUIS dulu pun, weekend mesti balik umah, macam tue jugak kat USIM kerap balik rumah, almaklumlah  kenderaan pengangkutan awam komuter sentiasa ada....tp bila dah dapat jqaf nie nak balik selalu,,,erm jangan mimpilah,,,tiket bukannya mcm tiket bas ke macam tiket keretapi ker...mahal wooooo....tiket kapai terbang tue....haaaaaaaaaaa...mahal kan,,,mahal lah jugak walaupun kadang2 ada promosi...

aku merinduimu.........wahai abah ngan mak
aku merinduimu....wahai abah yang sentiasa masak untuk anak2nya....
aku merinduimu,.....masakan mak ngn abah
aku merinduimu....wahai anak2 buahku..
jauh di sudut hatiku sangat merindui mereka, 
walaupun aku sentiasa garang dengan anak2 buahku..
kerna mereka sentiasa berada di rumahku (umah opah n atuk mereka)
aku merinduimu anak2 buahku yang comel lagi petah berbicara
aku sangat merinduimu wahai rumahku 
aku merindu bebelanmu wahai ibuku
aku merindui kerjaya aku dulu walaupun gajinya sikit,
tapi hatiku sangat bahagia kerna orang tuaku sentiasa di depan mataku
aku merinduimu wahai negeriku yang tercinta
bilakah peluang untuk aku bahagia macam dulu,
betul2 aku merindui zaman sebelum aku ke sini
I love u........mak abah, adik beradikku, anak2 buahku.....love u allllsssssss........

dah nasib badan

praktikum aku dah pun habis...lama jugak tu lebih kurang 12 minggu merangkul 3 bulan...sekarang nie tinggal 2 minggu je lagi aku kat SJKC North nie...pastu mulalah episod baru di medan perang tuk aku berjuang mengadap paper2 yang bakal menuggu aku di IPG nanti...nak kata study selalu tu idok ler...cuma kadang2 ada mud aku baca buku2 yang ada..klu x da mud tak baca... yang penting scanning dulu buku2 tue apa tajuk yang ada,,,apa kandungan2 yang penting...setidak tidaknya adalah ingat sikit2...ishhhh apa nie aku nak citer pasal lain...lain pulak yang kuar....

skrg nie aku ada 2 minggu lagi di sekolah...habis praktikum aku memang boring sgt2 kat sekolah nie...klu time praktikum tak cukup masa....tp bila habis praktikum langsung tak tahu nak buat apa...dah nasib badan dapat SJKC kat Sarawak pulak tue...

jujur aku kata, aku boring kat sekolah nie,
jujur aku kata, kadang2 aku duk nganga saja,
jujur aku kata, KPM buang masa hantar aku kat sini,
jujur aku kata, opsyen KPLI aku tak dak kat sek nie,
jujur aku kata, kadang2 tak de kerja,
jujur aku kata, aku tak mahu sek nie,
jujur aku kata, aku mahu sek lain,
jujur aku kata, aku teringin posting di semenanjung,
jujur aku kata, inilah nasib aku di negeri orang,
jujur aku kata, aku di sini mencari rezeki, 
jujur aku kata, aku berjauhan ngn en suami,
jujur aku kata, aku mahu sentiasa di sisi suami,
jujur aku kata, aku tidak mahu di sini.
jadi, jujur aku kata hanya Allah yang mengetahui yang terbaik untukku....

May 10, 2013

Impianku

     Tinggal sebulan je lagi aku nak tamat sesi latihanku sebagai guru pelatih jQAF kat maktab miri nie...kadang-kadang sedih jugak, opsyen aku tak kena dengan sekolah yang JPN bagi kat aku,,,yelah opsyen aku Bahasa Arab, depa owang atasan bagi aku SJKC mana ada sk cina nak buat subjek Bahasa Arab...depa pun ada bahasa elektif bahasa cina....apalah...lain kali hantar biaq tengok opsyen sesuai ke dak...tapi tak pa sekurang2nya aku dapat mencurahkan ilmuku kepada murid2 Islam di Bumi Kenyalang ini...setidak tidaknya ada sebahagian mereka yang dah mula menutup aurat tanpa dipaksa...itu betul2 aku terharu...sedih pun ada...ada yang dah boleh baca iqra' sendiri padahal masa aku masuk sekolah tu tahun lepas 1 habuk pun depa tak taw...alhamdulillah syukur sangat Ya Allah terima kaseh kerna ada sbhagian muridku dah pandai baca jawi, pandai baca iqra...syukur sangat2...
        really2 aku cakap memang aku minat ngn bahasa arab nie....tp tulah lepas nie SJKC takde dah subjek Bahasa Arab,,,ikut pekelililng KPM memang takde dah subjek tu kat SJKC...so nak buat mcm mn?tu sebab aku kemaruk sangat nak sambung belajar lagi,...yelah...dapat jQAF tapi tak boleh ngajar Bahasa Arab...apa kes tue??? sapa nak jawab???nak jawab??silakan jawab..
         kalau diberi peluang aku nak sambung master dalam bidang bahasa arab juga...siapa2 yang mempelajari bahasa arab, dia akan tahu keindahan bahasa tue sendiri...aku ingin sekali mengamalkan apa yang aku pelajari dengan mengajar di pusat2 tuisyen, kadang2 bila aku nak mahirkan penulisan bahasa arab aku nie, aku akan baca mutiara2 kata yang ditulis dalam bahasa arab, melayari web2 arab, menyanyi lagu2 arab, membuat asgment tuk org2 yg ingin memerlukan bantuanku ini,,,kadang2 seronok taw bila 1 hari 1 vocab baru yang kita pelajari...insyaAllah one day akan terlaksana juga impianku untuk bergelar pensyarah bahasa arab.hihi aku akan jadikan bidang perguruanku ini sebagai mengumpul dana2 ilmu dan mengutip pengalaman sebanyak mana yang mungkin.InsyaAllah suatu hari nanti, impianku akan tercapai juga tuk aku menyelami ilmu lagi khususnya Sarjana Bahasa Arab..mudah2 mudahan Allah makbulkan...aminnnn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...