Pages

Apr 28, 2011

Angan-angan dan impian

Seronok juga dengar radio IKIM nie...pagi tadi on the way nak gi kerja, dengar lah celoteh di Ikim. Ada satu slot mengatakan bahawa tidak mengapa kalu kita pasang angan-angan untuk mencapai impian asalkan angan- angan tersebut kita usahakan bukannya kita duk diam dan terus berangan sahaja...

Hehe...siapa2 sahaja boleh berangan,,ada yang angan2 nak pakai kereta besar, beli umah mewah, nak jadi doktor, nak jadi pensyarah dan macam2 lagi lah... Itu semua sebenarnya angan-angan yang membawa kita kepada suatu kesungguhan supaya berusaha untuk ianya menjadi Impian,,,

Dari kecil lagi time sekolah rendah, 

Guru: awak nak jadi apa nanti bile besar?
Pelajar: saya nak jadi pensyarah, cikgu....

Apa saya dengar pagi tadi di radio Ikim, Prof tu cakap, tidak mengapa kalau kita pasang angan2 masa kecil, sebab ianya adalah merupakan suatu IMPIAN...jadi positif lah ketika berangan dan jangan biarkan ianya menjadi angan2 negatif yang mana akan merugikan diri sendiri jika kita tidak berusaha untuk menjadikan ianya suatu REALITI dan KENYATAAN bukannya sekadar FANTASI...

Apr 27, 2011

Musim Durian...موسم الدوريان



Raja segala buah. Siapa yang tidak kenal dengan buah yang durinya terlalu tajam dan boleh membawa luka kepada sesiapa sahaja...Erm sedapnya buah durian nie,,,bukan setakat kita makan sahaja buahnya, malah boleh dipelbagaikan...boleh dibuat tempoyak ikan patin, cucur durian, pengat durian, pulut durian, ais krim dan macam2 lagi...

Sekarang nie musim buah durian,,, Alhamdulillah syukur padaNYA sebab ana ada dusun buah durian nie,,,tapi bukan milik saya tapi milik mak dan abah saya....hehe..dusun durian mak terletak di Kampung Gajah Perak manakala dusun durian sebelah abah di Lambor Kiri Perak...yang famaousnya kami gelar durian sebelah abah ni dengan gelaran durian Tok Durian....sebabnya Arwah Tok sebelah abah ni banyak dusunnya dan kami adik beradik gelar dia Tok Durian,,,coz banyak dusun durian dia....lepas tu besar2 pula durian nya...takut nengok nye...HEHE...

Sekali sekala syok juga gi dusun ni...x pelah banyak nyamuk pun...bukannya selalu balik kampung pun..hehe...kalau adik yang bongsu cukup malas dan liat kalau nak ajak balik kampung...alasannya nyamuk banyak dan takut nak pergi bilik air...Biasalah budak2 sekarang....nak yang selesa aja....x der aircond x boleh tidur, x der kipas pun x boleh tidur juga,,,,tandas jauh di dapur masih takut...alasannya sebab kampung...aduhai macam2 kerenah budak2 sekarang nie....

Apr 20, 2011

Fasilitator Practical Zone...

Arabic2u.my@ mudah dikenali dengan Pusat Bahasa Arab di Bangi yang mana merupakan syarikat A&A Consult iaitu Arabic Training & Consultancy Centre. Pusat Bahasa Arab yang mengendalikan program2 seperti Tahbib Lunghah @ Warsyah Arabiyah, Mukhaiyam Arabiy, Kelas2 perbualan Bahasa Arab dan sebagainya....

Di sinilah tempat saya memulakan langkah sebagai pelajar praktikel untuk mempraktikkan Bahasa arab Khususnya... 2&3/4 2011 tarikh yang mana saya telah join sebagai Fasilator untuk adik2 di SMK USJ4 Subang Jaya Selangor untuk program Mukhaiyam Arabiy selama 2 hari 1 malam...

Program yang sangat menarik untuk adik2 yang mengambil subjek Bahasa Arab PMR... Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan seperti cara mudah menghafal mufradat hanya mengikut nada lagu sahaja... Bagus dan sangat mumtaz adik2 kita di sana kerana bermacam2 nada lagu yang ada untuk menghafal perkataan Bahasa arab dengan mudah...

Ada yg buat versi nada doremon, nada lagu wali band dan mcm2 lagi...Aktiviti lain seperti membuat ayat berdasarkan gambar...dan pelbagai lagi aktiviti yang ada,,,,



التلميذات في ذلك البرنامج...

أنا في هذه الصورة


الأنشطة من التلاميذ بكلمة "أنا أحسن ، أنت أحسن، نحن أحسن

Apr 19, 2011

Cintailah Bahasa Arab...

Assalammualaikum w.b.t...

Indahnya Bahasa Arab jika kita semua memahami lughahnya...
Muslim serta Muslimat semua anda sebenarnya sudah pun sebut kalimah2 arab ketika anda sedang solat...Bahasa arab yang anda tuturkan, bukan bahasa lain...betapa (jamilnya > cantiknya) Bahasa Arab ini...
Bahasa Arab lughahtullah
Bahasa Agama Islam
Bahasa Alqur'an
Bahasa Syurga
Bahasa Para Anbiya'a

Kenapa kita perlu mempelajari dan memahami Bahasa Arab? Ini kerana Allah telah menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa Al qur'an yang mana termaktub atau sudah tertulis dalam kalam Allah itu dengan Bahasa Arab. dan juga Alqur'an yang merupakan panduan atau (huda linnas) pegagan dan panduan kepada manusia...

Bahasa Arab yang sangat indah lughahnya sebagaimana firman Allah Taa'la

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.”

Jom Berkarya...


حسن المرأة
جمال المرأة كالفراشة كلما رائعة
يصور بصفة محمودة
تحتاج بالقلوب كريمة والنظافة
مثل ستر عورة والتنطق باللفظ لينة
تعيش في الدنيا بالشعور سعيدة
افتحت عينكِ بالمناظر واضحة
اغسلت وجهك بالماء نظيفة
لبست المرأة ملابسا صالحةً
حرمة الوالدين والأخرين بالمحبة
والطاعة الله وتذكر في قلبنا بالربانية
 إن حسن المرأة مرأة كريمة ...
Ana saja2 suka berkarya jika ada kesalahan bahasa mari bersama kita betulkan...terima kasih semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...