Pages

Dec 27, 2011

Accept & Respect

Toink...toink...toink...hari nie masih di bulan 12 school holiday n guru2 pun cuti...but today i have meeting kat sekolah untuk perancangan pembelajaran & pengajaran 2012...erm walaupun diri ini hanya sebagai guru tajaan sekolah sahaja,,gaji pun taklah tinggi mana mcm guru2 kafa yang ada,,but i'm still respect them as patner staf,,,xpe gaji sikit pun but pengalaman tu penting...hehe

apa pula kaitan accept ngn respect di sini? hahaha apalah aku nie..melalut jer..accpet kat cini,,,bukan apa time meeting kita kena sentiasa menerima pendapat dan pandangan orang lain...tak kisahlah dia tu guru besar ke,,guru biasa ker,,,respect pula lebih kurang sama jer hormat pandangan diorang dengan hati terbuka...

But apa yang tak suka di sini bila mana kita cuba untuk menjatuhkan orang lain,,dalam 1 organisasi sepatutnya bersatu,,,tak perlu mencari kekurangan orang lain kalau diri sendiri pun masih banyak kekurangan...oppppsss...tak tuding mana2 pun yer,,Beware walau setinggi gunung mana ijazah kita ada,,perlulah sedar diri,,jangan terlalu bangga dengan ijazah yang kita miliki..dan jangan Pandang Rendah pada kebolehan orang lain...

P/S: buat teman2 sekampus,,,semoga saya dan anda semua berjaya dalam temuduga JQAF...moga kita semua ikhlas menjadi seorang pendidik...ameennn

Dec 26, 2011

Layan drama lama best jugak

Best apa tengok cerita2 lama lebih2 lagi citer P.Ramle...wuuuu best wooo..rasa tak jemu pun tgk citer ni....oooo..oooo men che men che...men che...hehe...dengar lagu klasik p.ramle WaH syoknyer...ok  jom layan sampai habis citer seniman bujang lapok kat Tv2...hehehe...


Dec 25, 2011

Nice words or kalam mumtiq to share


الوقت لا ينتظر أحد
Times wait for no one

الأمس هو تاريخ
Yesterday is history

الغد هو لغز
Tomorrow is a mystery

لكن اليوم  هو هدية
Today is a gift

لذلك يسمى الحاضر
That’s why it’s called the present

Time is running الوقت تدق


cc: pic from google :)


Refresh & Improve tak salah kan...

Doing asingment kawan untuk membantu tak jadi kesalahan kan...sambil2 tue boleh refresh semula apa yang kita dah belajar sebelum nie, dan juga boleh menambah ilmu pengetahuan lagi...sahih? betul lah takkan tipu kot..hehe..just membantu for arabic asingment...it's ok coz i loiiike ittt...dapat bantu kawan dapat juga kita kekalkan ilmu yang ada,,, tak adalah orang kata belajar tapi tak amalkan...mestilah belajar dan amalkan tu yang betul...hehe...cari ilmu daripada tak tahu jadi tahu,,,daripada tahu lebih bertambah2 tahu...huhu


wat talhis min kisah muru'ah wa wafa' sambil dengar lagu koleksi hijaz...jom layan...kalau tak suka dengar,,senyap2 jelah erkkk =p





Dec 5, 2011

حفلة التخرج Convocation Day

 Alhamdulillah.....
3.12.2011 @ Putrajaya International Convention Centre
يوم حفلة التخرج لدى الطلبة
جامعة العلوم الإسلامية الماليزية
الإجازة العالية في اللغة العربية والتصالات

Finally!!! I got Bachelor of Arabic and Communication With Honours
@ Islamic Science University Of Malaysia (USIM)

Syukran ya Allah kerana memberi kejayaan ini,,terima kasih kepada mak dan abah yang banyak memberi dorongan dan nasihat...thanks a lot kepada adik beradik yang banyak membantu dari segi kewangan ketika diri ini menuntut ilmu...
Juga kepada sahabat2 sekuliah FPBU...rindu u  allllll...

Terima Kasih sangat2 kepada En "S" merangkap ------hehe...kerana sentiasa memberi semangat kepadaku....






Aug 7, 2011

Tulah kata orang lagi ^_^

Haaa ambik kena kat diri sendiri...tak bleh nak kata apa2 dah...senyum tak perlu kata apa2...hehe...Bulan Ramadhan Al Kareem..bulan yang mulia untuk hambaNya mengejar segala pahala yang ada...back again to main topic...akibat kata orang lagi???? whatss owh no....

Asyik2 nak marah anak buah "jangan minum air ais banyak sangat" nanti batuk...diri sendiri yang sakit nanti...
and the second statement "jangan suka makan buah2 sejuk tue...jangan makan banyak buah tembikai tue" nanti batuk baru tahu....haha in the end mak cik dia yang kena because of herself yang makan banyak buah tembikai n minum air ais banyak2...

last2 tak der suara nak keluar....(padan muka)...mengajar dalam kelas pun just give arahan jer and terpaksa guna khidmat ketua kelas...(x per anak murid baik2 belaka hehe)
from google...

Jun 30, 2011

Lidah itu paling tajam?

Benarlah kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana lidah, perpaduan sesama manusia boleh berpecah belah jika tidak dijaga tutur katanya (nauzubillah) takutnya saya...Ada hari tue terbaca artikel mengenai teka teka Imam Al-Ghazali bersama murid-muridnya "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Dengan serentak muridnya menjawab "pedang" lalu Imam Al Ghazali berkata "benar sebilah pedang itu tajam, tapi yang paling tajam di dunia adalah "lidah manusia" kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Manusia di zaman sekarang mudah melontarkan tutur kata yang tidak enak didengari, malahan memberi teguran pun tidak ada etika mudah aja melemparkan teguran secara kesat dan memerli...apatah lagi memberi nasihat...Anak-anak zaman sekarang jika dinasihati secara kekerasan hasilnya dibalasi dengan pemberontakan...betul ke?

Tapi bagaimana pula jika diberi nasihat dengan etika yang betul iaitu berlemah lembut ketika memberi nasihat kepada mereka? apakah hasilnya? adakah mereka menerima atau sebaliknya? 

Jun 28, 2011

Perjuangan Seorang Pelajar

Jadilah pelajar yang senantiasa mencari redhoNya serta berkatNya...Indahnya hidup jika berada dalam keberkatan Ilahi...Begitu indahnya menjadi seorang pelajar, ketenangan dan keberkatan dalam hidup merupakan tunjang utam dalam menggapai kecermelangan....

Kadang-kadang pelajar mudah mengeluh Arghhhh susahlah subjek nie...susahlah subjek tue...Jikalau mereka semua menyusuri bakal pelajar yang berjaya, mereka tidak akan mempersoalkan tentang kesusahan subjek mana2 pun...carilah berkat Allah dari redho Ibu Bapa,,,Carilah berkat Allah dengan menghormati guru,,,Carilah berkat ilmu Allah itu dengan menghormati sesama manusia...

Tiada yang mustahil dalam dunia ini,,,keaijaban sentiasa ada dari Ilahi jika hambaNya itu sendiri yang mahukan kejayaan.Usahalah,Berdoalah,Tawakallah serta yakin dengan rezekiNya...Amenn insyaAllah berjaya kita semua...Sungguh indah jika kehidupan anda dalam keberkatan Ilahi...Cintailah ilmu yang ada...Beramal dengan ilmu anda walupun sekecil zarah...keberkatan ilmu ada sekiranya kita beramal dengannya...InsyaAllah...

Jun 25, 2011

Usaha Dengan Doa Masanya Akan Tiba


HambaMu...Gabungan nyanyian Mawi & Akhil Hayy...Lirik lagu yang penuh bernilai maknanya...mesej yang ingin disampaikan memang banyak pengertian...Jika diamati liriknya sangat berguna khasnya bagi mereka yang ditimpa ujian dariNya...Begitulah hamba yang sentiasa diuji keimanan mereka dalam apa jua keadaan...Manakala doa pula merupakan senjata bagi orang mukmin,,,Yang mana kita sebagai hambaNya tidak boleh mudah berputus asa setelah puas mencari jalan penyelesaian, kerana tiada istilah putus asa jikalau hambaNya masih berdoa pada khaliq(Allah)...

Wardah Khadijah: perlu bersabar dalam mendidik jiwa adik2 di MTD Behrang...Berdoa agar mereka diberi Hidayah supaya menjadi hamba & pelajar yang sentiasa diredhai Allah...Ameeennnn...Banyak sungguh cabaran untuk mendidik jiwa mereka,,,harapan semoga mereka menemui jalan yang diberkati Allah...Bitaufiq wannajah alaikum...Ameen

Jun 21, 2011

MTD Behrang...Just teach them sincerely

Hampir masuk 2 minggu mengajar di Ma'ahad Taufiqiah Ad-diniah Behrang Stesyen Perak (MTD Behrang).... Perlu banyak kesabaran untuk mendidik adik2 sekolah ini...Sebabnya mereka bukan lagi pelajar peringkat sekolah rendah yang mana boleh dilentur untuk menjadi lebih baik....

Baru 2 hari mengajar minggu lepas pun, macam2 fe'el yang ada...yelah mana tidaknya mereka nie semua dari kalangan pelajar yang bermasalah dari segi displin memang teruk...masalah displin apa? just secret...tapi tidak semua yang bermasalah....just we pray for them supaya dapat berkat dariNya...

Banyak cabaran sebenarnya untuk membuka hati mereka supaya mereka sendiri yang ikhlas dalam menuntut ilmu,,,Tugas guru hanyalah bagi nasihat sebaik mungkin,..diharapkan mereka semua mendapat hidayah dariNya supaya bersungguh dalam menuntut ilmuNya...Ameen Ya Rabb...

Jun 17, 2011

Lagu Drama Nora Elena...Best wooo


Jalan cerita drama Nora Elena yup tidak boleh disangkal lagi memang asyikkkk dan sangat best...Nie lah 1st time tengok slot akasia from begining until the end of story....Walaupun kadang2 tak dapat tengok atas dasar kerja2 yang patut diselesaikan,,,But I'm still watch kat tonton Tv3...mesti kena tengok walaupun ter miss...hahaha....

Dahlah citer nya best untuk ditonton,,yelah adaptasi dari novel Kasih Yang Suci,,,lagu2 yang diselitkan dalam Akasia Nora Elena pun best2 juga....syok taw dengar lagu2 nya....Contohnya :-


Terhenti Di Sini - Asfan

Jangan kau Pergi Erry Putra Reen & Shajiry

Dan Bila Esok Sofaz

Berubah- Erry Putra&Reen

Sesuatu Yang Berbeza Sofaz

Bersangka baik itu indah...

Belum apa2 dah blame sana blame sini...sangka buruk sana sini tanpa usul periksa...yang paling teruknya tengok luaran saja dah fikir yang negatif...Wahai sahabat sekalian pandanglah dengan pandangan yang positif,,buka lah minda anda seluas yang mungkin...seluas langit seluas lautan...tak perlu judge orang by its cover...Jika anda tidak kenal seseorang itu dengan rapat...tak perlulah nak menilai karakter orang itu...Just respect them...I respect you then you respect me back....can or can't???

Daripada kita bersangka buruk atau fikir negatif tentang someone, lebih baik kita bersangka baik atau mudah kata Husnu zon.....حسن الظن senang kan? tak susah pun...just sangka baik then buang jauh2 sifat sangka buruk anda itu...tuuuutttttt....tidak menuju pada shapa...shapa ya...

Bukan apa, dunia sekarang ramai yang terlalu jaga tepi kain orang,,,masalah kain sendiri yang kotor dari segi hati diri sendiri tak ingat,,,,masalah peribadi orang lain pula nak menyibuk..kecian kan orang macam nie,,,peningkan kepala sendiri dengan masalah orang lain...jika hati sendiri tidak bersih macam mana nak nasihat orang lain?? fikir sendiri....

Ingatan untuk diri sendiri: Janganlah terlalu nak mengadili peribadi orang lain sesuka hati...pandanglah dengan pandangan yang positif.... jika dari awal berfikiran negatif sampai akhirnya anda berfikiran negatif yang mana suka blame and thinking yang bukan2...

Jun 5, 2011

Berkampung di KK1 Usim...

Buntu juga kepala nie kalau duk umah tak tahu nak siapkan report bila...Boleh jer setelkan kat rumah tapi biasalah banyak godaan asyik makan tido tengok Tv main internet jer jiwa nie,,,Dah jadi jiwa kacau pula...hehe..Thanks kat kawan2 yg invite saya untuk berkampung kat kampus usim....

Syukran bikathir alaiki cik Farhana coz invite saya gi berkampung kat KK1 Usim...Kalau tak...memang cik wardah malas nak siapkan report...hehe... Syukran alikunna (fizah...Ieja Masrina dan lain2  coz korang semua sporting arghhhhhh....Best enjoy with u alll....

@ KFC Tesco Nilai


Sangat sporting adik2 nie...

May 30, 2011

Bukan nippon lah....Lipton lah...

Petang tadi saja2 round sekitar taman behrang 2020 ngn family sambil2 bawa anak buah jalan2...After tengok rumah baru abang sulung yang tengah renovate tue,,Wahhh sangat cantik juga rumah dia..pandai yang design rumah tue...hehe:)

Tapi jap jer gi jalan2...

Lokasi seterusnya di rumah nak rest sebentar tiba2 adik bongsu cakap "mak wat nippon mak!!" aiiiii macam pelik jer adikku yg sorang nie;;;semua orang blur...oh dia nak suruh mak beli cat brand nippon kot agaknya (dalam fikiranku time tue) pastu dia ulang balik...."mak wat nippon mak!!! 

arghhhh tak puas hati nie...then  tanya dia haaaaaa nippon? apa dia??? so dia jawab...." ala mak nie..buat lah teh nippon...hahahahaha....amik ko adeq bongsu...kena ketawa yg luar biasa...Mak pun cakap Lipton lah..Teh Lipton..Aiiiiiiiiiiiiii...macam2 lah budak sorang nie...

Adeq bongsu...macam2 lah dia nie...

Tabiat suka tangguh kerja....

Waktu nak takdim (presentation) untuk latihan industri semakin menghampiri ke penghujungnya...Until now (taqrir) laporan 20% pun tak siap apa lagi...Buku log pun belum kemaskini sepenuhnya...

Dalam hati selalu duk berkata, tak pelah esok boleh buat...esok lain hari ada lagi..esok...dan esok...dan esok...(syaitan benar2 suka menghasut dalam hati)...isssshhhhhh...tak boleh jadi nie.....(saya harus lawan si syaitan durjana yg suka menggoda manusia)....

Bila tabiat suka tangguh2 kerja inilah hasilnya... last2 diri sendiri yang gelabah sebabnya hari dan waktu untuk takdim dah hampir....masa nak berputar kembali pun tak boleh dah...aduhaiiiii....

Orang lain tak boleh ma nak tolong enti Khadijah...diri sendiri yang kena rajin ma...Masalah kemalasan melanda diri bila duk umah 1 keje pun tak boleh siap...banyak itu godaan...tido banyak,,,makan lagilah banyakkkk ...tu yang jadi sang pemalas...hehe...

ولكن لا بأس سأحاول حتى انتهيت في اتمام هذا التقرير

Walakin....La ba'sa sa uhawil hatta intahaitu fi itmam altaqrir (doesn't matter i will try until finish this report) YEAHHHHHH.....

May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Just click here to join
Wardah Khadijah nak join segmen En Ben yang masyhur nie...Mabruk2x alaika (tahniah2x) coz blog En Ben nie semua entry2 nya menarik dan boleh attract readers exactly...

Dulu betul betul betul sekarang terbaik pula

Macam2 budak sekarang  nie...Dahulu fofular dengan kalimah betul betul betul citer datang dari Upin Ipin but now perkataan terbaaaaiiikkk pula muncul hasil dari kartun BoboiBoy...

Wah pengaruh sesuatu cerita tue sangat effective kan,,,mana tak nya...pelik lah juga bila balik rumah jer time weekend anak buah tetibe jer cakap Terbaaaikkkk...Apa kes budak kecik nie...nampak sangat lah diri nie tak tahu alkisah citer kartun terbaru nie...

Yang jelasnya setiap jalan cerita tak kira lah dari kartun, drama or filem mesti ada alkisah disebaliknya,,,Tiruan, gaya dan percakapan semua ada....Macam citer Hantu Kak Limah lah...

Wah kalau orang Perak tak kesah sangat sebab diorang nie memang cakap Perak...Hehe...Tapi orang nogeri lain...Suka noh depa duk sebut CER CITER,,,Kite Bakor Jer...Sabo Jelah...Wah sakan noh bercakap...Tapi apa salahnya kalau someone dari negeri lain2 tahu loghat negeri lain...Betul tak? Sharing is caring katakan :)

Kadang-kadang tak suka juga si adik yang bongsu cikit-cikit terbaaaaaikkkkk...kalau anak buah sebut tak kesah sangat pun,,,,hehe :)

Kalau perkataan betu betul betul dalam bahasa melayu kita boleh sebut juga dalam kalimah Arab Soh soh soh..... صح صح صح    
Terbaaaaikkkkkk (Ahsanta أحسنتََ - lelaki) (Ahsanti أحسنتِ -Perempuan) (Ahsantum أحسنتم - untuk semua)

May 28, 2011

Mestilah nak bebas... أريد الحرية

Berkawan biar bertempat, berkawan biarlah ikhlas tak perlu lah nak membodek sana sini tak perlulah nak mengagung agungkan kawan yang tak seberapa tue..dan tak perlulah nak memuji  muji yang sangat terover tue padahal diri sendiri tak suka pada individu tersebut (hipokrit),,,

buat apa nak berkawan pada orang yang suka nak ikut cakap dia ajer...pandangan  dan pendapat orang lain langsung tak peduli hanya mahu ikutkan perintah diri sahaja...Owh no...Says Never pada orang yang kategori macam nie...

Sangat kecian (so poor) pada mereka yang telah dikongkong oleh kawan mereka sendiri sampaikan kita nak ikut cara kita sendiri pun tak boleh...nak buat itu nak buat ini  tak boleh but dipandang sinis..kawan jenis apa nie...yang penting biarlah ada mengalah antara satu sama lain, dengar pendapat serta pandangan org lain...Jangan nak jadi ketua yang tak tentu arah yang asyik nak mengarah macam pengarah...hehe...:p

Tapi takkan asyik nak mengalah jer pada orang yang fikir dia sangat bagus pada semua hal (tak mahu jadi pak turut) padahal nothing pun orang jenis macam nie....Never never never nak ikut orang jenis ini...saya mahu bebas....Yeah...أريد الحرية (uridul huriyah)  I want freedom....

Sekarang saya sudah BEBAS :)

May 27, 2011

Punca Sakit Kepala...

En google la...

Kepala berdenyut2 macam kena cucuk something jer kalau kena sakit kepala. Tak boleh nak tahan dah sakit kepala nie...mana  tak nyer asyik duk fokus mengadap laptop yg screennya terang benderang sakit kepalaku dibuatnya,,,but, slow lah cahaya kat screen tue...it's ok kan...Yang tak tahan nya,,kadang2 tue duk dalam aircond time belajar kat dewan kuliah after sudah kelas tue,  panas terik pula kat luar...Stress pun boleh bikin sakit kepala apa,, Suasana bising ngn anak2 buahku nie pun boleh berpusing2 kepala nie..hehe...But yang tak boleh tahan tue bila kena tunggu beratur di kaunter yang panjang memanglah kena press number tuk beratur, tapi nak tunggu proses siap tu lambat sangat..(sakit kepala tunggu proses tuk resystem kad ATM yg rosak)....

أشعر بالصداع عندما...
Wardah Khadijah: kalau sakit kepala apabila :

Tidak cukup tidur (mesti tidur cukup waktunya dan lena hehe)
Kena cahaya yang terang
Bila berada di kawasan yang ramai orang (shoping complex yg ramai org bikin sakit kepala lah....:))
Bangun tidur mengejut....(paling x suka)
Makan makanan yang banyak sangat AJINAMOTO nya...(x suka)
Bila kena headache ni @ الصداع (sudaq)  senang jer terus tidor kasi lena cikit...wah bangkit keesokan harinya lega ma....@ letak koyok @ makan panadol...sudah...

May 23, 2011

Why choose Maher Zain songs?

amik pic ni kt google...x per kan :)
Konsep lagu Maher Zain basically tentang ketuhanan or we call in arabic language Rabbaniah الربانية. Si kecil molek kanak-kanak pun suka dengan lagu Maher Zain nie..If antum semua faham liriknya mostly ada kaitan dengan Islamic lyric contohnya berkaitan our Khaliq (Tuhan) seperti lagu Alhamdulillah Pujian kepada Yang Esa...Ada juga lagu tentang Kekasih Alllah Nabi kita Muhammad SAW...seperti The Choosen One, Ya Nabi Salam Alayka...Wardah Khadijah suka sangat dengar lagu2 Maher Zain nie, coz ada antara lagu2 ni dalam Bahasa Arab dan kadang2 tue ada lagu yang ada 2 bahasa...Mix english and arabic language such lagu Barakallahulakuma (walaupun lagu barakallahulakuma ni khas untuk mereka yg baru berkahwin) hehe ...Sambil2 nak improve bahasa inggeris wardah yang lemah nie,,,boleh lah dengan mengamati lirik lagu nasyid Maher Zain...Lagu lain pun boleh sebenarnya...hehe...but i like Maher Zain songs...kanak-kanak sekarang nie suka dengan lagu InsyaAllah Maher Zain siap hafal lagi tue mantooop, dan dah ada pula versi Melayu...Lagu InsyaAllah dalam Bahasa Arab pun ada...suka2x.....hehehe....
 

May 22, 2011

Status Novel Kasih Yang Suci REPRINT

Kemaruk duk tengok slot akasia Nora Elena kat Tv3 yang mana adaptasi jalan cerita dari novel Kasih Yang Suci...Until now cari novel tue kat kedai2 buku, but sold out...Cedihnya...Baru tadi saja jer jalan2 ronda kat internet nak beli novel tue by online konon nya...Pastu ternampak pula status terkini novel tue kat Online karagkraf
Kasih Yang Suci (Status : Reprint (Stok akan ada pada 25/5/2011))
MYR 19.90 17.91
Ermmmm cedihnya hati ini...Excited nak baca this novel from the begining until the end of story but tak dapat...It's ok...kita tunggu until 25 Mei untuk cetakan yang baru...hehe...laris novel nie...Tahniah kepada penulis novel Kasih Yang Suci ini...مبروك عليك Mabruk Alaiki Meen Zulaikha :) Chaiyok2....

Bagaimana mood tiba2 hilang?


Sikap, perbuatan serta tindakan seseorang itu kadang2 tidak sama walaupun dalam kalangan adik beradik sendiri...yelah memang benarlah kata orang, rambut sama hitam hati lain-lain. Begitu juga dengan tingkah laku kita...1001 manusia, lain2 kerenah nya..macam mana pula dengan MOOD setiap individu itu? adakah semua sama?...mudah saja x da mood? hehe kalau dari kaum Hawa that is possible juga kalau tiba2 tak de mood sebab ada time mereka .............dot.....dot.......but kalau dari kaum Adam pula macam mana diorang nie tiba2 tidak ada mood??..lets them answer lah sebab apa yer..

Sebenarnya susah juga nak takde mood nie...yelah tak kan tiba2 nak bermudi...ribut tidak ada angin taufan takde tiba2 jer nak bermudi2 nie...Konsep marah ni lain,,,konsep Mood pun lain...haha..mcm mana tue yer...kalau marah ni mesti ada sesuatu benda yang menyakitkan hati,,,Si Pemarah tu terus melenting marah tak tentu pasal...tapi kalau mood tak ada tiba2 terbengkalai jer macam rumah tak siap tue sbb apa yer? tak der mood ni kita boleh tengok dan perasan individu tu senyap jer, masam jer muka dia :(... senyum pun senyum buat2 kelat gitu, sembang pun sepatah jer dijawabnya,,,haha...Macam2 lah...hehe...Senyumlah walau hati anda sakit, kerana senyuman itu pemanis wajah...awet muda tue...

ابتسم الصدقة

Ibtasimu sodakoh....

Senyum Itu Sedekah....:)

May 20, 2011

...Latihan Industri Tamat...

Alhamdulillah syukur pada Yang Esa kesabaran selama ini yang saya tunggu2 akhirnya tiba jua...Permulaan berpraktikel selama 22 minggu akhirnya ke hujung waktunya....Syukran Ya Allah....

Pusat Bahasa Arab Bandar Baru Bangi Seksyen 9 مركز اللغة العربية  



شكرا يا الله
بدأتُ في تدريب الصناعي 
في 20 ديسمبر 2010
وأنتهيتُ في 20 مايو 2011
أشعر مسرورا كثيرا بقلبي
مرتين شكرا على كل الحال...

All praises to Allah
Terima Kasih Ya Allah
Bermulanya  praktikel 20 Disember 2010
Kini aku sudah sampai ke pehujungnya
20 Mei 2011
Hati gembira sangat2 
Sekali lagi terima kasih untuk semuanya.... 

May 18, 2011

Selsema? Ucapan kpd pesakit...

From En.Google

 Kena Selsema?Flu?الزُكَام


Tidak usah mengeluh jika diri ditimpa kesakitan..Hari ini ana kena demam selsema...Orang kata sakit itu penghapus dosa. Bukan orang kata, tapi ianya benar ada hadith yang mengatakannya:

Rasulullah SAW bersabda: 

Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakiT atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari)

Sakit itu ujian, sakit itu menguji kesabaran seseorang muslim itu adakah kita sabar ketika ditimpa ujian? atau kita mudah mengeluh ketika sakit?Jawapan itu ada di tangan anda juga di tangan saya....

Ucapan jika sahabat2 anda dalam kesakitan

Syafakallah  شفاكَ الله (kalimah "ka" untuk kaum Adam)  maksud ayat: semoga Allah menyembuhkan kamu

Syafakillah شفاكِ الله (kalimah "ki" untuk kaum Hawa) maksud ayat: semoga Allah menyembuhkan kamu

May 16, 2011

Syoknyer Cuti...



 Cuti?

Dapat cuti 1 hari dalam seminggu pun jadilah drpd x da cuti langsung hehe....Wah seronoknya esok cuti sempena cuti umum wesak day...Apa lagi rehat secukupnya...Student macam saya nie kalau dapat cuti wah alangkah seronok nyer,,,...Oooopsss cuti, cuti juga Report LI dah siap ker Khadijah????Bulan 6 ni nak takdim (present),,,dah siap ker slide show awak untuk takdim nanti...Kaif at-takrir???(how about ur report)...Huahuahua.....cedihnya,,,satu mende pun saya x buat lagi....Help me...help me....sapa nak tlg saya wat semua nie????Praktikel dah nak habis dah minggu nie...Oh no....Cepat bertindak...jangan suka nak tangguh2...dalam hati duk bercakap kalau ada cuti plan nak buat report lah, slide show lah ,kemaskini buku log lah....but everything is nothing.....Common Khadijah,,rajin2 sikit,,,jgn asyik nak tidur jer kalau ader cuti....hehe

لا تؤجل عمل اليوم إلى غدا...

Jangan tangguhkan kerja hari ini pada esok hari...

Terima Kasih Cikgu...


16 Mei 2011
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia...

 شكرا بكثير للمعلمين

 Terima Kasih Guru Khasnya Buat:

Cikgu Tadika Upsi 1991
Cikgu Sekolah Kebangsaan Methodist Tg Malim Perak
1992-1997
Ustaz-Ustazah Sekolah Rendah Agama Islam Hulu Bernam Selangor
1992-1997

Guru-Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu Selangor
1998-2002


Para Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2003-2006

Para Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2007-2011

Terima Kasih setinggi gunung diucapkan kepada guru2 yang telah mendidik anak2 Malaysia khususnya...Jasamu, pengorbananmu, penat lelahmu akan kukenang sampai akhirnya....

Tidak lupa juga Selamat Hari Guru kepada rakan2 seperjuangan yang akhirnya memilih kerjaya sebagai Pendidik...

Jadilah seorang pendidik yang ikhlas dalam menyampaikan ilmunya untuk mendidik anak bangsa yang berjaya....

Jadikanlah kerjaya seorang pendidk ini hanya kerana Nya...untuk mencari Barakoh dalam mencari ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain...

Hadith 1: Kelebihan Mengajar Ilmu

Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:


Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya ”.


Hadith Riwayat At-Tirmizi

Hadith 2: Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: 


Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim ”.


Hadith Riwayat Ibnu Majah


Waktu dulu2 jd ustazah skjp kt SRA Al Muarif Bukit Beruntung




 Putera Tahun 3


Puteri Tahun 3

May 12, 2011

Soal Jodohku Bila?


Cousin Kawen...Tahniah Kak Azah

Selamat Pengantin Baru....

Ehem-ehem kali ni pula tersasul nak cakap pasal jodoh ni...Kawan-kawan ana, banyak yang sudah bertanya bila lah enti ni nak kawen. Soal ini tidak boleh saya nak jawab sebabnya ia adalah ketetapan dari Ilahi. Hambanya hanya merancang tapi yang tentukan adalah darinya min Rabbi...Usaha itu adalah digalakkan kepada hambanya supaya kita bersungguh untuk mecari redha Allah...Pernikahan itu juga sunnah dari para anbiya'a...Jadi untuk ana, juga kepada rakan2 yang lain tidak boleh mempersoalkan tentang bila jodohku? atau mempersoalkan kenapa aku tidak memiliki rezeki darinNya lagi? dengan itu persoalan hidup, mati, jodoh, pertemuan soal rezeki sudah pun ditetapkan dari Pencipta kita
Janganlah kita mudah mengeluh dengan dugaan dalam hidup yang mana hanya sementara sahaja...
Sesuatu kejayaan dalam setiap perkara itu sama ada dalam perkahwinan, mahu rezeki yang lebih mestilah di susuli dengan usaha kemudian berdoa pada Ilahi juga bertawakal padanya di atas setiap apa yang kita usahakan...
Tiga perkara yang biasa kita dengar Usaha+Doa+Tawakal, mestilah di calculate kan dengan perkataan = Sabar... yang mana sabar menunggu kejayan yang anda usahakan selama ini....

Oleh itu doakanlah yang terbaik buat saudara anda, janganlah pula anda berkata2 dengan perkataan yang negatif contohnya

" hai bila lagi kamu nak kawen nie? nak tunggu umur dah masuk 30 an ke baru nak kawen? atau x nak kawen selama2 nya? atau saya rasa dia ni x jadi kawen agaknya...."

wardah khadijah bertanya: knp perlu pandang lekeh pada teman2 yang lambat berkahwin?

kenapa perlu ada ucapan yang negatif...tahu x setiap kata2 itu merupakan doa? janganlah anda memperlekehkan sahabat2 anda....Takut kelak nanti kata2 itu berbalik pada anda semula....
Untuk teman2 yang sudah mendirikan rumahtangga Mabruk yer...saya doakan semoga anda semua bahagia serta sentiasa bersama dengan Redha Alllah...Amenn


Semoga berbahagia dalam berumahtangga....
الزواج في الإسلام هو من رضاء الله... بذلك يا أيها الأصدقائي ابحثوا الزوج أو الزوجة للمستقبل بسبب الله يعني دين الإسلام

Perkahwinan dalam Islam adalah dari redha Ilahi, wahai sahabat2ku carilah bakal suami atau isteri dengan sebab agamanya... 

May 11, 2011

Thanks to my follower

taken from en.google


Thanks a lot ya kepada semua follower saya

Syukran bikathir alaikum 

Blog ini asalnya udah lama berlapuk

Kini kembali untuk mencari rakan2 blog

Sebab saya tengok blog2 anda semua CANTIK

Inputnya pula pelbagai title

Saya pula baru nak mula berblog

Tunjuk ajar ku sifu ya kepada rakan2 blog....

May 10, 2011

Kaitan Wanita & Cermin...

 تعليقات ما بين المَرأة والمِرأة

Tahukah anda kaitan antara wanita dan sebuah cermin?


Both of pictures from google...

Ibarat pensil dan kertas yang mana memerlukan antara satu sama lain

Ibarat irama dan lagu yang mana tidak boleh dipisahkan

Begitu juga wanita dan cermin. Ia juga tidak boleh disangkalkan kaitan antara dua ini…Ini kerana wanita perlu kepada sebuah cermin…

Pernah dahulu ketika saya belajar di sekolah menengah dalam pensil case saya mesti ada sebuah cermin kecil. Kegunaannya tidak lain dan tidak bukan untuk melihat seraut wajah yang cute ini…hehe (angkat bakul sekejap kat pasaraya) hehe perasan cute….=)

Tengah khusyuk duk tengok cermin yang kecil, kalau tidak silap time tu kelas Ustazah Sharmila yang mengajar saya subjek Bahasa Arab Tinggi, lantas dia tegur saya

Hai Khadijah??? Duk buat apa tu??? Dah comey dah muka awak tue… 

x payah nak tgk2 cermin dah..

UIIIIISSSSSSHHHHHH malu saya time tue,,kelas pula bercampur ngn 

kaum adam…Malu memang Malu

Pastu ustazah pun cerita lah kat kami satu kelas…Kalau antum ngn antunna (kamu semua) nak tahu,,,Wanita ini memang ada kaitan dengan cermin…Ini tidak dinafikan kerana kalimah Arab antara cermin dan wanita itu sama

Mari kita lihat

مَرأَةٌ      maksudnya wanita/ perempuan 
مِرأَةٌ    maksudnya cermin

Di sini perkataan mar’ah dan mir’ah sama…cumanya baris atas dan bawah sahaja yang membezakannya….

·   Jadinya ada kaitan antara wanita dan cermin kerana perkataan asal Bahasa Arab sudah menunjukan persamaanya iaitu Mar’ah (wanita) dan Mir’ah (cermin)….

May 5, 2011

Ngantuk @ نعاس

Pic from google....

 Apa sebenarnya yer kawan2 faktor ngantuk ni atau disebut dalam kalimah arab ianya berbunyi نعاس .

Kadang2 time solat mata ni mudah ajer mengantuk...erm...=( tidak khusyuk dibuatnya....

Kadang2 time dalam kuliah boleh pula tersengguk-sengguk bunyi macam paham berbenor apa yang disyarahkan oleh pensyarah tersebut. Padahalnya duk hangguk2,,,, tidooooo...

Kadang2 tengah asyik duk layan citer best kat Tv citer Hindustan lagi duk tengok tari menari...boleh pula kepala duk bergelek ke kiri ke kanan...syok terlena dibuatnya oleh nyanyian Hindustan...(hampeh)

Kadang2 duk dalam kereta motifnya nak gi jalan2, boleh jadi juga mata terlelap sejenak dek kerana aircond yang sejuk menghala terus ke mata...aissshhhh...macam tu pun boleh jadi yer...

Kadang2 tengah duk borak2 dengan teman2 citer gosip2 nie, boleh pula lah kita ni sedap berdengkur...kecian kawan yang duk bercerita tue...


Ish...ish...mudah ajer kan seseorang tu terlena...jika solat kita mudah aje rasa mengantuk itu tidak lain Syaitan yang cuba menggoda manusia supaya mudah lalai ketika solat....Begitu juga waktu kuliah time kita menuntut ilmu yang mana merupakan perkara yang baik ia juga Syaitan yang cuba menghayalkan manusia....
Faktor lain yang menyebabkan kita mudah mengantuk,,,disebabkan kekenyangan yang melampau...makanlah ketika lapar berhenti sebelum kenyang agar mudah kita mengerjakan Ibadah kepadaNYA....

pic grom google ( i luv islam picture)


Sangat jelas syaitan itu musuh manusia yang paling nyata....

Dalil Alqur'an 
Dalam surah Yasin Alllah telah berfirman:

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Yasin 36:60)



Hadith....

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan." Daripada Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran darah." (Hadis sahih riwayat Muslim)

May 4, 2011

Lagi Perkataan Arab digunakan dalam Bahasa Melayu

Part 2: 

Mari yuk kawan-kawan semua, mai kita tengok dan pelajari lagi apakah kalimah - kalimah Bahasa arab yang sering kita guna pakai dalam perbualan Bahasa Melayu kita... Kalau dikaji banyak juga perkataan Melayu dalam Arab begitu juga disebaliknya.....

الصبر ... Sabar
قاعدة ... Kaedah
أخلاق ... Akhlak
مشهور ... Masyhur/Tersohor/Terkenal
الإخلاص ... Ikhlas
  القرأن ... Alqur'an
كرسيّ ... Kerusi
علم ... ilmu
عورة ... Aurat
الغيب ... Ghaib
الاسلام ... Islam
الرسالة ... Risalah/Surat/Memorandom
جدوال ... Jadual
الزرافة ... Zirafah
أرنب ... Arnab
الوجه ... Wajah/Muka

Sahabat-sahabat semua, jika ada kalimah lain yang anda tahu silalah sharing ya....=)

Smile for u
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...