Hari ini kaki mula melangkah keluar dari SJK North yang merupakan tempat aku mencari pengalamanku sebagai warga pendidik di bumi kenyalang ini. hari ini hari pemuafakatan di sekolah...walaupun aku pelatih di SJKC, aku tetap diberi penghormatan oleh sek untuk menjadi penolong guru kelas tahun 5C. tadi aku membantu cikgu Hii Jin Jin masa ibu bapa datang amik report card anak2 mereka. jauh di sudut hatiku sayu dan sedih ja sebab aku perlu cari masa keluar untuk jumpa anak2 murid islam yang aku mengajar mereka. sebab hari ni hari terakhirku di sekolah. aku x expect pulak klu parents dorang dh datang tandatangan report card, dorang pun boleh balik sekali...macam mana yer aku nak buat, apa2 pun aku mesti jumpa jugak mereka..terus aku bagitahu cikgu Hii Jin Jin, Cikgu....saya nak kuar sekejap, nak amik barang dalam kereta...jajan2 yang aku bungkus malam tadi tue ingatkan nak bagi dorang time rehat, sebab kelmarin ada cikgu kata murid balik kul 12, tp sebenarnya dorang boleh balik awal kalau parents dorang dah sign report card tue..tak boleh jadi nie,,,aku pun terus amik kunci kereta kat cikgu Law Seng Aii,,cikgu yang baik hati yang mempelawa aku naik kereta dia sepanjang tahun nie...aku pun terus amik bungkusan hadiah coklat kt dalam kereta...
terus aku pergi kelas satu persatu...mula2 aku pergi kat tahun 6, aku ckp kat sorang murid perempuan nie,,,nanti makanan nie share ngn kwn2 taw,,,bahagi sama rata,,,lps cuti ustazah x dtg sek dah...baik ustazah,,,
time kat kelas 1B, sedihnya x blh tahan, guru kelas 1B seolah2 tahu aku nak jumpa anak2 muridku...terus dia kata, cikgu mahu jumpa murid agama? cikgu last day kan hari nie, sebak macam nak jatuh ja air mata nie,,tp ku tahan jugak jgn bagi jatuh..klu x banjir kelas tue...murid2 pun mai kat aku, aku terus bg bungkusan coklat kat mereka dan bersalaman ngn mereka...sampailah habis aku bg hadiah tuk anak2 muridku tuk kelas seterusnya.....tak terkata-kata ketika bersalaman ngn mereka...bibir menggigil mahu menangis kerna mereka tanggungjawab aku selama sthun stgh aku di sini...
satu harapan aku untuk anak2 muridku di bumi kenyalang ini,,,
walaupun ustazah kadang kala senyum kadang kala masam, kadang kala garang, dan selalunya serius dan garang, jauh di lubuk hati ustazah yang sentiasa mendoakan agar kalian semua celik Alquran cepat membaca dan pandai solat..itu ja harapan ustazah...kerna ustazah mengharapkan sesuatu yang lebih besar pahala dari Ilahi, ingin menjadi isteri solehah buat suami ustazah yang jauh di mata tapi dekat di hati ustazah...ustazah ingin sentiasa di samping suami ustazah wahai anak2...bukan ustazah tidak mahu mengajar kalian lagi,,tp tanggungjawab ustazah terhadap suami adalah lebih utama...itu yang ustazah inginkan...ustazah akan sentiasa doakan agar kalian semua nanti dapat juga membaca Alquran dan jadi anak2 yang bijak dan baik...kalian juga, doakanlah ustazah ya, agar ustazah dapat mengajar posting kedua nie di semenanjung dekat ngn suami ustazah...amin...
belajar rajin2 ya...itu ungkapan aku kat seorang murid baru tahun 6C yang baru 2 minggu di sekolah nie..dia kata ustazah Salma nak pindah? tak mengajar kami lagi ka? bila ustazah mahu datang sini lagi? tak terkata2...cuma boleh tutur "rajin2 belajar ya" dia jawab baik ustazah,,time kasih ustazah bagi saya hadiah...murid tue melaung..wahhh sebak sungguh...terketap2 bibir tahan air mata...kupujuk hati...jgn nangis ya wahai hati..