Pages

Aug 7, 2011

Tulah kata orang lagi ^_^

Haaa ambik kena kat diri sendiri...tak bleh nak kata apa2 dah...senyum tak perlu kata apa2...hehe...Bulan Ramadhan Al Kareem..bulan yang mulia untuk hambaNya mengejar segala pahala yang ada...back again to main topic...akibat kata orang lagi???? whatss owh no....

Asyik2 nak marah anak buah "jangan minum air ais banyak sangat" nanti batuk...diri sendiri yang sakit nanti...
and the second statement "jangan suka makan buah2 sejuk tue...jangan makan banyak buah tembikai tue" nanti batuk baru tahu....haha in the end mak cik dia yang kena because of herself yang makan banyak buah tembikai n minum air ais banyak2...

last2 tak der suara nak keluar....(padan muka)...mengajar dalam kelas pun just give arahan jer and terpaksa guna khidmat ketua kelas...(x per anak murid baik2 belaka hehe)
from google...

Jun 30, 2011

Lidah itu paling tajam?

Benarlah kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana lidah, perpaduan sesama manusia boleh berpecah belah jika tidak dijaga tutur katanya (nauzubillah) takutnya saya...Ada hari tue terbaca artikel mengenai teka teka Imam Al-Ghazali bersama murid-muridnya "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Dengan serentak muridnya menjawab "pedang" lalu Imam Al Ghazali berkata "benar sebilah pedang itu tajam, tapi yang paling tajam di dunia adalah "lidah manusia" kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Manusia di zaman sekarang mudah melontarkan tutur kata yang tidak enak didengari, malahan memberi teguran pun tidak ada etika mudah aja melemparkan teguran secara kesat dan memerli...apatah lagi memberi nasihat...Anak-anak zaman sekarang jika dinasihati secara kekerasan hasilnya dibalasi dengan pemberontakan...betul ke?

Tapi bagaimana pula jika diberi nasihat dengan etika yang betul iaitu berlemah lembut ketika memberi nasihat kepada mereka? apakah hasilnya? adakah mereka menerima atau sebaliknya? 

Jun 28, 2011

Perjuangan Seorang Pelajar

Jadilah pelajar yang senantiasa mencari redhoNya serta berkatNya...Indahnya hidup jika berada dalam keberkatan Ilahi...Begitu indahnya menjadi seorang pelajar, ketenangan dan keberkatan dalam hidup merupakan tunjang utam dalam menggapai kecermelangan....

Kadang-kadang pelajar mudah mengeluh Arghhhh susahlah subjek nie...susahlah subjek tue...Jikalau mereka semua menyusuri bakal pelajar yang berjaya, mereka tidak akan mempersoalkan tentang kesusahan subjek mana2 pun...carilah berkat Allah dari redho Ibu Bapa,,,Carilah berkat Allah dengan menghormati guru,,,Carilah berkat ilmu Allah itu dengan menghormati sesama manusia...

Tiada yang mustahil dalam dunia ini,,,keaijaban sentiasa ada dari Ilahi jika hambaNya itu sendiri yang mahukan kejayaan.Usahalah,Berdoalah,Tawakallah serta yakin dengan rezekiNya...Amenn insyaAllah berjaya kita semua...Sungguh indah jika kehidupan anda dalam keberkatan Ilahi...Cintailah ilmu yang ada...Beramal dengan ilmu anda walupun sekecil zarah...keberkatan ilmu ada sekiranya kita beramal dengannya...InsyaAllah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...