Pages

May 11, 2011

Thanks to my follower

taken from en.google


Thanks a lot ya kepada semua follower saya

Syukran bikathir alaikum 

Blog ini asalnya udah lama berlapuk

Kini kembali untuk mencari rakan2 blog

Sebab saya tengok blog2 anda semua CANTIK

Inputnya pula pelbagai title

Saya pula baru nak mula berblog

Tunjuk ajar ku sifu ya kepada rakan2 blog....

May 10, 2011

Kaitan Wanita & Cermin...

 تعليقات ما بين المَرأة والمِرأة

Tahukah anda kaitan antara wanita dan sebuah cermin?


Both of pictures from google...

Ibarat pensil dan kertas yang mana memerlukan antara satu sama lain

Ibarat irama dan lagu yang mana tidak boleh dipisahkan

Begitu juga wanita dan cermin. Ia juga tidak boleh disangkalkan kaitan antara dua ini…Ini kerana wanita perlu kepada sebuah cermin…

Pernah dahulu ketika saya belajar di sekolah menengah dalam pensil case saya mesti ada sebuah cermin kecil. Kegunaannya tidak lain dan tidak bukan untuk melihat seraut wajah yang cute ini…hehe (angkat bakul sekejap kat pasaraya) hehe perasan cute….=)

Tengah khusyuk duk tengok cermin yang kecil, kalau tidak silap time tu kelas Ustazah Sharmila yang mengajar saya subjek Bahasa Arab Tinggi, lantas dia tegur saya

Hai Khadijah??? Duk buat apa tu??? Dah comey dah muka awak tue… 

x payah nak tgk2 cermin dah..

UIIIIISSSSSSHHHHHH malu saya time tue,,kelas pula bercampur ngn 

kaum adam…Malu memang Malu

Pastu ustazah pun cerita lah kat kami satu kelas…Kalau antum ngn antunna (kamu semua) nak tahu,,,Wanita ini memang ada kaitan dengan cermin…Ini tidak dinafikan kerana kalimah Arab antara cermin dan wanita itu sama

Mari kita lihat

مَرأَةٌ      maksudnya wanita/ perempuan 
مِرأَةٌ    maksudnya cermin

Di sini perkataan mar’ah dan mir’ah sama…cumanya baris atas dan bawah sahaja yang membezakannya….

·   Jadinya ada kaitan antara wanita dan cermin kerana perkataan asal Bahasa Arab sudah menunjukan persamaanya iaitu Mar’ah (wanita) dan Mir’ah (cermin)….

May 5, 2011

Ngantuk @ نعاس

Pic from google....

 Apa sebenarnya yer kawan2 faktor ngantuk ni atau disebut dalam kalimah arab ianya berbunyi نعاس .

Kadang2 time solat mata ni mudah ajer mengantuk...erm...=( tidak khusyuk dibuatnya....

Kadang2 time dalam kuliah boleh pula tersengguk-sengguk bunyi macam paham berbenor apa yang disyarahkan oleh pensyarah tersebut. Padahalnya duk hangguk2,,,, tidooooo...

Kadang2 tengah asyik duk layan citer best kat Tv citer Hindustan lagi duk tengok tari menari...boleh pula kepala duk bergelek ke kiri ke kanan...syok terlena dibuatnya oleh nyanyian Hindustan...(hampeh)

Kadang2 duk dalam kereta motifnya nak gi jalan2, boleh jadi juga mata terlelap sejenak dek kerana aircond yang sejuk menghala terus ke mata...aissshhhh...macam tu pun boleh jadi yer...

Kadang2 tengah duk borak2 dengan teman2 citer gosip2 nie, boleh pula lah kita ni sedap berdengkur...kecian kawan yang duk bercerita tue...


Ish...ish...mudah ajer kan seseorang tu terlena...jika solat kita mudah aje rasa mengantuk itu tidak lain Syaitan yang cuba menggoda manusia supaya mudah lalai ketika solat....Begitu juga waktu kuliah time kita menuntut ilmu yang mana merupakan perkara yang baik ia juga Syaitan yang cuba menghayalkan manusia....
Faktor lain yang menyebabkan kita mudah mengantuk,,,disebabkan kekenyangan yang melampau...makanlah ketika lapar berhenti sebelum kenyang agar mudah kita mengerjakan Ibadah kepadaNYA....

pic grom google ( i luv islam picture)


Sangat jelas syaitan itu musuh manusia yang paling nyata....

Dalil Alqur'an 
Dalam surah Yasin Alllah telah berfirman:

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” (Yasin 36:60)



Hadith....

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan hadir di sisi seseorang kalian pada setiap sesuatu yang kalian lakukan." Daripada Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui aliran darah." (Hadis sahih riwayat Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...