Pages

May 4, 2011

Lagi Perkataan Arab digunakan dalam Bahasa Melayu

Part 2: 

Mari yuk kawan-kawan semua, mai kita tengok dan pelajari lagi apakah kalimah - kalimah Bahasa arab yang sering kita guna pakai dalam perbualan Bahasa Melayu kita... Kalau dikaji banyak juga perkataan Melayu dalam Arab begitu juga disebaliknya.....

الصبر ... Sabar
قاعدة ... Kaedah
أخلاق ... Akhlak
مشهور ... Masyhur/Tersohor/Terkenal
الإخلاص ... Ikhlas
  القرأن ... Alqur'an
كرسيّ ... Kerusi
علم ... ilmu
عورة ... Aurat
الغيب ... Ghaib
الاسلام ... Islam
الرسالة ... Risalah/Surat/Memorandom
جدوال ... Jadual
الزرافة ... Zirafah
أرنب ... Arnab
الوجه ... Wajah/Muka

Sahabat-sahabat semua, jika ada kalimah lain yang anda tahu silalah sharing ya....=)

Smile for u

10 Kalimah Arab digunakan dalam Bahasa Melayu

Part 1:
Picture from Google
Kadang-kadang kita tidak perasan dengan perkataan yang kita tuturkan dalam kehidupan kita. Hakikatnya kita semua pernah menuturkan perkataan Bahasa Arab dalam perbualan seharian. Cuma sedar tidak sedar sahaja walaupun dengan satu kalimah Arab yang kita keluarkan...Di sini ada beberapa kalimah atau perkataan Bahasa Arab yang telah digunakan orang melayu kita yang di ambil dari perkataan Bahasa Arab...


مسجد... Masjid
السؤال... Soalan
الحاج... Haji
سجود... Sujud
الوقت... Waktu / Masa
عبادة... Ibadah
كتاب... Kitab / Buku
مجلة... Majalah
الكومبوتر... Komputer
الصلاة... Solat / Sembahyang

Wardah Khadijah: 

أود أن أشارك في تعلم اللغة العربية معكم فقط / Saya hanya mahu kongsi ilmu Bahasa Arab dengan sahabat2 semua...

Apr 28, 2011

Angan-angan dan impian

Seronok juga dengar radio IKIM nie...pagi tadi on the way nak gi kerja, dengar lah celoteh di Ikim. Ada satu slot mengatakan bahawa tidak mengapa kalu kita pasang angan-angan untuk mencapai impian asalkan angan- angan tersebut kita usahakan bukannya kita duk diam dan terus berangan sahaja...

Hehe...siapa2 sahaja boleh berangan,,ada yang angan2 nak pakai kereta besar, beli umah mewah, nak jadi doktor, nak jadi pensyarah dan macam2 lagi lah... Itu semua sebenarnya angan-angan yang membawa kita kepada suatu kesungguhan supaya berusaha untuk ianya menjadi Impian,,,

Dari kecil lagi time sekolah rendah, 

Guru: awak nak jadi apa nanti bile besar?
Pelajar: saya nak jadi pensyarah, cikgu....

Apa saya dengar pagi tadi di radio Ikim, Prof tu cakap, tidak mengapa kalau kita pasang angan2 masa kecil, sebab ianya adalah merupakan suatu IMPIAN...jadi positif lah ketika berangan dan jangan biarkan ianya menjadi angan2 negatif yang mana akan merugikan diri sendiri jika kita tidak berusaha untuk menjadikan ianya suatu REALITI dan KENYATAAN bukannya sekadar FANTASI...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...