Pages

Jun 30, 2011

Lidah itu paling tajam?

Benarlah kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana lidah, perpaduan sesama manusia boleh berpecah belah jika tidak dijaga tutur katanya (nauzubillah) takutnya saya...Ada hari tue terbaca artikel mengenai teka teka Imam Al-Ghazali bersama murid-muridnya "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Dengan serentak muridnya menjawab "pedang" lalu Imam Al Ghazali berkata "benar sebilah pedang itu tajam, tapi yang paling tajam di dunia adalah "lidah manusia" kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Manusia di zaman sekarang mudah melontarkan tutur kata yang tidak enak didengari, malahan memberi teguran pun tidak ada etika mudah aja melemparkan teguran secara kesat dan memerli...apatah lagi memberi nasihat...Anak-anak zaman sekarang jika dinasihati secara kekerasan hasilnya dibalasi dengan pemberontakan...betul ke?

Tapi bagaimana pula jika diberi nasihat dengan etika yang betul iaitu berlemah lembut ketika memberi nasihat kepada mereka? apakah hasilnya? adakah mereka menerima atau sebaliknya? 

Jun 28, 2011

Perjuangan Seorang Pelajar

Jadilah pelajar yang senantiasa mencari redhoNya serta berkatNya...Indahnya hidup jika berada dalam keberkatan Ilahi...Begitu indahnya menjadi seorang pelajar, ketenangan dan keberkatan dalam hidup merupakan tunjang utam dalam menggapai kecermelangan....

Kadang-kadang pelajar mudah mengeluh Arghhhh susahlah subjek nie...susahlah subjek tue...Jikalau mereka semua menyusuri bakal pelajar yang berjaya, mereka tidak akan mempersoalkan tentang kesusahan subjek mana2 pun...carilah berkat Allah dari redho Ibu Bapa,,,Carilah berkat Allah dengan menghormati guru,,,Carilah berkat ilmu Allah itu dengan menghormati sesama manusia...

Tiada yang mustahil dalam dunia ini,,,keaijaban sentiasa ada dari Ilahi jika hambaNya itu sendiri yang mahukan kejayaan.Usahalah,Berdoalah,Tawakallah serta yakin dengan rezekiNya...Amenn insyaAllah berjaya kita semua...Sungguh indah jika kehidupan anda dalam keberkatan Ilahi...Cintailah ilmu yang ada...Beramal dengan ilmu anda walupun sekecil zarah...keberkatan ilmu ada sekiranya kita beramal dengannya...InsyaAllah...

Jun 25, 2011

Usaha Dengan Doa Masanya Akan Tiba


HambaMu...Gabungan nyanyian Mawi & Akhil Hayy...Lirik lagu yang penuh bernilai maknanya...mesej yang ingin disampaikan memang banyak pengertian...Jika diamati liriknya sangat berguna khasnya bagi mereka yang ditimpa ujian dariNya...Begitulah hamba yang sentiasa diuji keimanan mereka dalam apa jua keadaan...Manakala doa pula merupakan senjata bagi orang mukmin,,,Yang mana kita sebagai hambaNya tidak boleh mudah berputus asa setelah puas mencari jalan penyelesaian, kerana tiada istilah putus asa jikalau hambaNya masih berdoa pada khaliq(Allah)...

Wardah Khadijah: perlu bersabar dalam mendidik jiwa adik2 di MTD Behrang...Berdoa agar mereka diberi Hidayah supaya menjadi hamba & pelajar yang sentiasa diredhai Allah...Ameeennnn...Banyak sungguh cabaran untuk mendidik jiwa mereka,,,harapan semoga mereka menemui jalan yang diberkati Allah...Bitaufiq wannajah alaikum...Ameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...