Pages

May 18, 2011

Selsema? Ucapan kpd pesakit...

From En.Google

 Kena Selsema?Flu?الزُكَام


Tidak usah mengeluh jika diri ditimpa kesakitan..Hari ini ana kena demam selsema...Orang kata sakit itu penghapus dosa. Bukan orang kata, tapi ianya benar ada hadith yang mengatakannya:

Rasulullah SAW bersabda: 

Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakiT atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari)

Sakit itu ujian, sakit itu menguji kesabaran seseorang muslim itu adakah kita sabar ketika ditimpa ujian? atau kita mudah mengeluh ketika sakit?Jawapan itu ada di tangan anda juga di tangan saya....

Ucapan jika sahabat2 anda dalam kesakitan

Syafakallah  شفاكَ الله (kalimah "ka" untuk kaum Adam)  maksud ayat: semoga Allah menyembuhkan kamu

Syafakillah شفاكِ الله (kalimah "ki" untuk kaum Hawa) maksud ayat: semoga Allah menyembuhkan kamu

May 16, 2011

Syoknyer Cuti...



 Cuti?

Dapat cuti 1 hari dalam seminggu pun jadilah drpd x da cuti langsung hehe....Wah seronoknya esok cuti sempena cuti umum wesak day...Apa lagi rehat secukupnya...Student macam saya nie kalau dapat cuti wah alangkah seronok nyer,,,...Oooopsss cuti, cuti juga Report LI dah siap ker Khadijah????Bulan 6 ni nak takdim (present),,,dah siap ker slide show awak untuk takdim nanti...Kaif at-takrir???(how about ur report)...Huahuahua.....cedihnya,,,satu mende pun saya x buat lagi....Help me...help me....sapa nak tlg saya wat semua nie????Praktikel dah nak habis dah minggu nie...Oh no....Cepat bertindak...jangan suka nak tangguh2...dalam hati duk bercakap kalau ada cuti plan nak buat report lah, slide show lah ,kemaskini buku log lah....but everything is nothing.....Common Khadijah,,rajin2 sikit,,,jgn asyik nak tidur jer kalau ader cuti....hehe

لا تؤجل عمل اليوم إلى غدا...

Jangan tangguhkan kerja hari ini pada esok hari...

Terima Kasih Cikgu...


16 Mei 2011
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia...

 شكرا بكثير للمعلمين

 Terima Kasih Guru Khasnya Buat:

Cikgu Tadika Upsi 1991
Cikgu Sekolah Kebangsaan Methodist Tg Malim Perak
1992-1997
Ustaz-Ustazah Sekolah Rendah Agama Islam Hulu Bernam Selangor
1992-1997

Guru-Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu Selangor
1998-2002


Para Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2003-2006

Para Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2007-2011

Terima Kasih setinggi gunung diucapkan kepada guru2 yang telah mendidik anak2 Malaysia khususnya...Jasamu, pengorbananmu, penat lelahmu akan kukenang sampai akhirnya....

Tidak lupa juga Selamat Hari Guru kepada rakan2 seperjuangan yang akhirnya memilih kerjaya sebagai Pendidik...

Jadilah seorang pendidik yang ikhlas dalam menyampaikan ilmunya untuk mendidik anak bangsa yang berjaya....

Jadikanlah kerjaya seorang pendidk ini hanya kerana Nya...untuk mencari Barakoh dalam mencari ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain...

Hadith 1: Kelebihan Mengajar Ilmu

Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:


Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya ”.


Hadith Riwayat At-Tirmizi

Hadith 2: Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik

Daripada Abu Hurairah r.a berkata: 


Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim ”.


Hadith Riwayat Ibnu Majah


Waktu dulu2 jd ustazah skjp kt SRA Al Muarif Bukit Beruntung




 Putera Tahun 3


Puteri Tahun 3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...