Pages

May 12, 2011

Soal Jodohku Bila?


Cousin Kawen...Tahniah Kak Azah

Selamat Pengantin Baru....

Ehem-ehem kali ni pula tersasul nak cakap pasal jodoh ni...Kawan-kawan ana, banyak yang sudah bertanya bila lah enti ni nak kawen. Soal ini tidak boleh saya nak jawab sebabnya ia adalah ketetapan dari Ilahi. Hambanya hanya merancang tapi yang tentukan adalah darinya min Rabbi...Usaha itu adalah digalakkan kepada hambanya supaya kita bersungguh untuk mecari redha Allah...Pernikahan itu juga sunnah dari para anbiya'a...Jadi untuk ana, juga kepada rakan2 yang lain tidak boleh mempersoalkan tentang bila jodohku? atau mempersoalkan kenapa aku tidak memiliki rezeki darinNya lagi? dengan itu persoalan hidup, mati, jodoh, pertemuan soal rezeki sudah pun ditetapkan dari Pencipta kita
Janganlah kita mudah mengeluh dengan dugaan dalam hidup yang mana hanya sementara sahaja...
Sesuatu kejayaan dalam setiap perkara itu sama ada dalam perkahwinan, mahu rezeki yang lebih mestilah di susuli dengan usaha kemudian berdoa pada Ilahi juga bertawakal padanya di atas setiap apa yang kita usahakan...
Tiga perkara yang biasa kita dengar Usaha+Doa+Tawakal, mestilah di calculate kan dengan perkataan = Sabar... yang mana sabar menunggu kejayan yang anda usahakan selama ini....

Oleh itu doakanlah yang terbaik buat saudara anda, janganlah pula anda berkata2 dengan perkataan yang negatif contohnya

" hai bila lagi kamu nak kawen nie? nak tunggu umur dah masuk 30 an ke baru nak kawen? atau x nak kawen selama2 nya? atau saya rasa dia ni x jadi kawen agaknya...."

wardah khadijah bertanya: knp perlu pandang lekeh pada teman2 yang lambat berkahwin?

kenapa perlu ada ucapan yang negatif...tahu x setiap kata2 itu merupakan doa? janganlah anda memperlekehkan sahabat2 anda....Takut kelak nanti kata2 itu berbalik pada anda semula....
Untuk teman2 yang sudah mendirikan rumahtangga Mabruk yer...saya doakan semoga anda semua bahagia serta sentiasa bersama dengan Redha Alllah...Amenn


Semoga berbahagia dalam berumahtangga....
الزواج في الإسلام هو من رضاء الله... بذلك يا أيها الأصدقائي ابحثوا الزوج أو الزوجة للمستقبل بسبب الله يعني دين الإسلام

Perkahwinan dalam Islam adalah dari redha Ilahi, wahai sahabat2ku carilah bakal suami atau isteri dengan sebab agamanya... 

May 11, 2011

Thanks to my follower

taken from en.google


Thanks a lot ya kepada semua follower saya

Syukran bikathir alaikum 

Blog ini asalnya udah lama berlapuk

Kini kembali untuk mencari rakan2 blog

Sebab saya tengok blog2 anda semua CANTIK

Inputnya pula pelbagai title

Saya pula baru nak mula berblog

Tunjuk ajar ku sifu ya kepada rakan2 blog....

May 10, 2011

Kaitan Wanita & Cermin...

 تعليقات ما بين المَرأة والمِرأة

Tahukah anda kaitan antara wanita dan sebuah cermin?


Both of pictures from google...

Ibarat pensil dan kertas yang mana memerlukan antara satu sama lain

Ibarat irama dan lagu yang mana tidak boleh dipisahkan

Begitu juga wanita dan cermin. Ia juga tidak boleh disangkalkan kaitan antara dua ini…Ini kerana wanita perlu kepada sebuah cermin…

Pernah dahulu ketika saya belajar di sekolah menengah dalam pensil case saya mesti ada sebuah cermin kecil. Kegunaannya tidak lain dan tidak bukan untuk melihat seraut wajah yang cute ini…hehe (angkat bakul sekejap kat pasaraya) hehe perasan cute….=)

Tengah khusyuk duk tengok cermin yang kecil, kalau tidak silap time tu kelas Ustazah Sharmila yang mengajar saya subjek Bahasa Arab Tinggi, lantas dia tegur saya

Hai Khadijah??? Duk buat apa tu??? Dah comey dah muka awak tue… 

x payah nak tgk2 cermin dah..

UIIIIISSSSSSHHHHHH malu saya time tue,,kelas pula bercampur ngn 

kaum adam…Malu memang Malu

Pastu ustazah pun cerita lah kat kami satu kelas…Kalau antum ngn antunna (kamu semua) nak tahu,,,Wanita ini memang ada kaitan dengan cermin…Ini tidak dinafikan kerana kalimah Arab antara cermin dan wanita itu sama

Mari kita lihat

مَرأَةٌ      maksudnya wanita/ perempuan 
مِرأَةٌ    maksudnya cermin

Di sini perkataan mar’ah dan mir’ah sama…cumanya baris atas dan bawah sahaja yang membezakannya….

·   Jadinya ada kaitan antara wanita dan cermin kerana perkataan asal Bahasa Arab sudah menunjukan persamaanya iaitu Mar’ah (wanita) dan Mir’ah (cermin)….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...