16 Mei 2011
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia...
شكرا بكثير للمعلمين
Terima Kasih Guru Khasnya Buat:
Cikgu Tadika Upsi 1991
Cikgu Sekolah Kebangsaan Methodist Tg Malim Perak
Ustaz-Ustazah Sekolah Rendah Agama Islam Hulu Bernam Selangor
1992-1997
Guru-Guru Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu Selangor
Para Pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
2003-2006
Para Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
2007-2011
Terima Kasih setinggi gunung diucapkan kepada guru2 yang telah mendidik anak2 Malaysia khususnya...Jasamu, pengorbananmu, penat lelahmu akan kukenang sampai akhirnya....
Tidak lupa juga Selamat Hari Guru kepada rakan2 seperjuangan yang akhirnya memilih kerjaya sebagai Pendidik...
Jadilah seorang pendidik yang ikhlas dalam menyampaikan ilmunya untuk mendidik anak bangsa yang berjaya....
Jadikanlah kerjaya seorang pendidk ini hanya kerana Nya...untuk mencari Barakoh dalam mencari ilmu dan menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain...
Hadith 1: Kelebihan Mengajar Ilmu
Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya ”.
Hadith Riwayat At-Tirmizi
Hadith 2: Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik
Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim ”.
Hadith Riwayat Ibnu Majah
Waktu dulu2 jd ustazah skjp kt SRA Al Muarif Bukit Beruntung |
Putera Tahun 3 |
Puteri Tahun 3 |
2 comments:
selamat hari guru! :)
syukran ya :)
Post a Comment