Lama betul tak update blog...kadang-kadang nak update entry, but tertangguh2...hehe...setiap kejadian yang Allah telah tetapkan akan ada sinar hikmah disebaliknya...kadang2 diri ini sentiasa berfikiran negatif kenapa aku diposting mengajar di bumi kenyalang nie? sampaikan kadang-kadang terlintas dalam fikiran sendiri.....buat apa dapat mengajar kat sini? dah lah lembab belajar....dah tahun 6 pun alif ba ta tak kenal lagi...dapat pulak sekolah cina kat Sarawak...erm negatif negatif memang negatif fikiran aku time tue....
Yelah, mana taknya hakikat diri tak boleh terima takdir yang Allah telah tetapkan aku posting di sini...sahabat2 banyak beri nasihat mengatakan konon ada hikmah semua tue...aku tahu itu semua ada hikmah...2, 3, 4 bulan jugak fikiran aku masih lagi tak boleh nak terima...tapi kuatkan hati supaya boleh menerima seadanya.....
3 bulan kemudian....
Alhamdulillah ya Allah....syukran kathir ya Allah,,,terima kasih ya Allah...sekarang hikmah itu benar-benar ada....manusia itu sendiri perlu berfikiran positif..bersangka baik dengan khaliq, Allah tuhan kita...Dia yang berkuasa atas segala-galanya...Kita sebagai hamba Allah perlu berusaha, berdoa, tawakal serta sabar mengharungi setiap liku-liku kehidupan kita...aku diposting sini, bukanlah sia - sia...Tugas besar satu perjuangan dan pengorbanan perlu aku pejuangkan agar anak2 Islam di sini boleh mengenal dan membaca supaya mereka celik al-Qur'an...
Sayu hati dan terharu sangat,,kini mereka boleh mengenal dan membaca dengan lancar walaupun 2 bulan aku melatih mereka mengenal Iqra' 1 sampai betul2 mereka mengenal huruf2 tersebut...Alhamdulillah ya Allah,,,kini mereka boleh meneruskan bacaan sampai ke tahap yang mana mereka boleh membaca sendiri dan tugas aku membetulkan bacaan yang salah sahaja..Itulah orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya...Tapi masalah ini lain, mereka semua sudah besar ada yang tahun 6, tahun 4 & 5 SJKC lagi,, memang tak tahu dan tak kenal langsung alif ba ta....dari Iqra' 1 lah guru-guru kena pastikan mereka boleh menguasai...bukan apa nanti dah masuk Iqra' seterusnya mereka boleh mengenal dan membaca sendiri...
Sekecil dan sebesar harapan moga2 anak2 didikku boleh terus dan cepat membaca alquran,,,tidak dinafikan permata2 ini semua hasil daripada kawen campur,,,ada yang lidah masih liat dan susah mahu menyebut huruf2 Alquran,,,tetapi bila dilatih hari saban hari insyaAllah mereka pasti boleh....Amin....
0 comments:
Post a Comment