Pages

Jun 30, 2011

Lidah itu paling tajam?

Benarlah kata pepatah kerana mulut badan binasa, kerana lidah, perpaduan sesama manusia boleh berpecah belah jika tidak dijaga tutur katanya (nauzubillah) takutnya saya...Ada hari tue terbaca artikel mengenai teka teka Imam Al-Ghazali bersama murid-muridnya "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Dengan serentak muridnya menjawab "pedang" lalu Imam Al Ghazali berkata "benar sebilah pedang itu tajam, tapi yang paling tajam di dunia adalah "lidah manusia" kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Manusia di zaman sekarang mudah melontarkan tutur kata yang tidak enak didengari, malahan memberi teguran pun tidak ada etika mudah aja melemparkan teguran secara kesat dan memerli...apatah lagi memberi nasihat...Anak-anak zaman sekarang jika dinasihati secara kekerasan hasilnya dibalasi dengan pemberontakan...betul ke?

Tapi bagaimana pula jika diberi nasihat dengan etika yang betul iaitu berlemah lembut ketika memberi nasihat kepada mereka? apakah hasilnya? adakah mereka menerima atau sebaliknya? 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...